Isnin, 8 Disember 2008

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI PENGASIH
YA ALLAH YA TUHAN KU
SEANDAINYA TELAH KAU CATATKAN
DIA MILIKKU TERCIPTA BUAT KU
TITIPKANLAH KEBAHAGIAN ANTARA KAMI
AGAR KEMESRAAN ITU KEKAL ABADI
DAN YA ALLAH
YA TUHANKU YANG MAHA PENYAYANG
SEIRINGKANLAH KAMI MELAYARI HIDUP INI
KETEPIAN YANG SEJAHTERA DAN ABADI
TETAPI YA ALLAH YA TUHAN KU
SEANDAINYA TELAH KAU TAKDIRKAN
DIA BUKAN MILIKKU
BAWALAH DIA JAUH DARI PNDANGAN KU
LUPUTKANLAH DIA DARI INGATANKU
DAN PELIHARALAH AKU DARI KEKECEWAAN
SERTA YA ALLAH
YA TUHANKU YANG MAHA PENGASIH
BERILAH AKU KEKUATAN
MELONTAR BAYANGANYA
JAUH KE DADA LANGIT
HILANG BERSAMA SENJA NAN MERAH
AGARKU BISA BAHAGIA
WALAUPUN TANPA BERSAMA DENGANNYA
DAN YA ALLAH YANG TERCINTA
GANTIKANLAH YANG TELAH HILANG
TUMBUHKANLAH KEMBALI YANG TELAH PATAH
WALAUPUN TIDAK SAMA DENGAN DIRINYA
YA ALLAH YA TUHANKU
PASRAHKANLAH AKU DENGAN TAKDIRMU
SESUNGUHNYA APA YANG TELAH DITAKDIRKAN
ADALAH YANG TERBAIK BUAT DIRIKU INI
KERANA ENGKAU YANG MAHA MENGETAHUI
SEGALA YANG TERBAIK BUAT HAMBA MU INI
YA ALLAH CUKUPLAH ENGKAU SAHAJA
YANG MENJADI PEMELIHARAKU
DI DUNIA DAN JUGA DI AKHIRAT NANTI
DENGARLAH PERMINTAAN DAN RINTIHAN DARI
HAMBAMU YANG DAIF INI YA ALLAH
JANGAN ENGKAU BIARKAN AKU BERSENDIRIAN
DIDUNIA INI MAHUPUN DIAKHIRAT NANTI
MENJURUSKAN AKU KEARAH
KEMAKSIATAN DAN KEMUNGKARAN
MAKA KURNIAKANLAH PADAKU SEORANG
PASANGAN YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH
SUPAYA DIRIKU DAN DIRINYA SAMA-SAMA
MENDAPAT KEREDHAAN DARI MU YA ALLAH
DAN SETERUSNYA YA ALLAH
DAPAT MEMBINA HIDUP INI
DENGAN PENUH KESEJAHTERAN
KE JALAN YANG ENGKAU REDHAI
SERTA KURNIAKANLAH KEPADA KAMI YA ALLAH
KETURUNAN YANG SOLEH DAN SOLEHAH
AMIN YA RABBAL AL AMIN











Ahad, 23 November 2008



Program Kuala Pangsun...Kelab Bina Insan..Universiti Industri SeLangOr..

Ahad, 16 November 2008

Sabtu, 15 November 2008

untuk semua..

Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam utuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorangJangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang..Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang kamu inginkan, pergilah ke mana-mana yg kamu ingin tujui dan jadilah apa yg kamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kamu lakukan. Semoga kamu memiliki kebahagiaan yg cukup untuk membuatkan diri kamu menarik, percubaan yg cukup utk membuatkan kamu kuat, kesedihan yg cukup utk memastikan kamu adalah seorang insan dan harapan yg cukup utk membuatkan kamu bahagia..Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidup mereka..Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn tangisan.Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu yg telah dilupakan, kamu tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam
" Cinta takkan datang kalau tidak dicari"
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dijadikan alas, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dihati untuk dicintai..Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah ...
Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan.. usah mendambakan teman secantik balqis, andai dirimu tidak seindah sulaiman.. mengapa diharapkan teman setampan yusof, andai dirimu tidak setulus zulaikha... tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tidak sesempurna Rasulullah SAW...
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja…. Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup... Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...
Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak ikhlas menyintainya... kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita...
Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.
Wahai sahabatku yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi, hayunlah langkahmu ke mana sahaja yang kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka, moga-moga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terubat jua dan hidupmu kembali ceria...